Home » Citra Yadim » YADIM meneruskan jelajahnya ke Kampung Iboi

YADIM meneruskan jelajahnya ke Kampung Iboi

 

 

SUNGAI PETANI –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Unit Muamalah, Bahagian Pembangunan Ummah Sektor Operasi, pada 14 Julai telah mengadakan program Kembara Muamalah Masjid 2018, bertempat di Masjid Raudhatul Falah, Kampung Bokbak, Iboi, Baling, Kedah.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada umat Islam untuk mengguna pakai sistem kewangan Islam yang sememangnya sudah sedia ada di negara ini.

Pada keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai dengan mereka mula tiba seawal pukul 8 malam.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Raudhatul Falah Kampung Bokbakh dan Sukarelawan Al-Falah YADIM.

Antara pengisian dalam program ini termasuk informasi mengenai halal haram sesuatu urusan muamalah dan pilihan yang ada untuk mengelak kerosakan muamalah melalui produk-produk Islam yang ditawarkan.

Ceramah telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Dr Muhamad Noor Habibi Long.

Penyelaras program,  Muzaffar Abd Rahim  berkata, program menyasarkan penduduk dan ahli kariah dan dianggarkan seramai 270 orang telah hadir.

“Inilah antara di anatra inisiatif YADIM untuk memakmurkan negara dengan pengamalan ekonomi Islam” tambahnya lagi.

Beliau berkata, YADIM sangat komited untuk terus memperkasakan dan membantu perkembangan sistem muamalah Islam dengan dimulai  kempen-kempen kesedaran untuk memilih berurusan denga sistem kewangan Islam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *