Home » Citra Yadim » YADIM, My Angkasa Amanah Berhad rancang teroka pelbagai bidang kerjasama

YADIM, My Angkasa Amanah Berhad rancang teroka pelbagai bidang kerjasama

PETALING JAYA – Usaha meluaskan jaringan rakan strategik melestari gerakan dakwah di negara ini secara konsisten diadakan sebilang masa oleh YADIM. Ia tidak tertakluk semata mata kepada pihak berkuasa agama atau badan bukan kerajaan Islam.

Terbaharu pada 12 September, satu kunjungan telah diadakan kepada pihak My Amanah Angkasa Berhad, sebuah perbadanan berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, yang dimiliki sepenuhnya oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia.

Walaupun tujuan utama kedatangan ialah bagi mempromosi dan mencari tajaan untuk program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) terkini dan bakal bersiaran di TV Al Hijrah bulan depan, YADIM pada masa yang sama juga mempelawa MAAB untuk terlibat dan bekerjasama dengan pelbagai gerak kerja badan dakwah ini.

Mengetuai YADIM dalam kunjungan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Kewangan, Kamarul Redzuan Nali, Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan, Salasiah Mohammed Arshad serta beberapa pegawai badan dakwah ini.

MAAB pula diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Mohamad Darulnizam Mat Darus, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faudzi Mt Din dan pengurusan kanan mereka.

Dalam pada itu, tertarik dengan konsep penganjuran ADMY, pengurusan MAAB mencadangkan beberapa bentuk kerjasama yang boleh dijalin bersama dengan mereka.

Antaranya termasuklah menjadikan pelatih ADMY sebagai Rakan Niaga Premium Angkasa Amanah dan program program bersama ejen dakwah YADIM seperti Rakan Siswa YADIM serta Rakan Belia YADIM.

Turut disentuh ialah mengenai cadangan kerjasama menerusi program potongan gaji kakitangan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *