Home » Citra Yadim » YADIM negeri Sembilan, SAY Melaka kerjasama bersih Surau Zoo Melaka

YADIM negeri Sembilan, SAY Melaka kerjasama bersih Surau Zoo Melaka

AYER KEROH – Cakna dengan surau di Zoo Melaka di sini yang menjadi tumpuan pengunjung, YADIM Negeri Sembilan dan Sukarelawan YADIM Melaka telah bekerjasama membersihkan kemudahan ibadat ini pada 29 Oktober.

Kerjasama rentas negeri ini diadakan sempena program Munajat Sejahtera Malaysia.

Program di surau ini bermula dengan Solat Dhuha sebelum aktiviti gotong royong bermula.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Perbadanan Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Haji Othman.

Terdahulu, Munajat Malaysia Sejahtera oleh YADIM Negeri Sembilan bermula di Kompleks Pengajian Darul Widad di Kuala Linggi.

Pengisian program di sini termasuklah solat dan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh mantan Penyelaras YADIM Melaka, Encik Muzaffar Abd Rahim dan bacaan doa munajat oleh Pegawai YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Muhammad Luqman Roslan

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *