Home » Citra Yadim » Yadim Pahang menyantuni komuniti orang asli

Yadim Pahang menyantuni komuniti orang asli

YADIM Pahang terus konsisten turun padang menyantuni komuniti Orang Asli.
Terbaharu bersama warga Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) , Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Perkim Pahang, MRA dan berbagai institusi kali Ramadan ini.
Pada 23 Mac seramai 75 orang sukarelawan telah berkampung seharian di Kampung Orang Asli Gumum, Tasik Chini dengan pelbagai aktiviti yang disediakan khusus untuk warga Orang Asli di sana.
Antaranya termasuklah slot bimbingan untuk anak-anak Orang Asli, kuliah Dhuha, ziarah mahabbah sambil mengedarkan bubur kacang, gotong royong memasak bubur kacang, bubur lambuk dan nasi lauk ayam lemak untuk juadah berbuka.
Program ini diakhiri dengan solat tarawih.
Turut diadakan ialah pemberian sumbangan barangan dapur kepada lebih 30 asnaf Orang Asli, yang telah disampaikan oleh Ustaz Syeikh Firdaus Sheikh Osman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, MUIP, juga selaku perasmi program ini.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda serta semua kakitangannnya, yang bertungkus-lumus sejak awal program hingga selesai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *