Home » YADIM MADANI » Nur Ramadan (Singgah Sahur Madani – Frontliner)

Nur Ramadan (Singgah Sahur Madani – Frontliner)

SABAN Tahun, petugas barisan hadapan pasti disantuni YADIM. Pengorbanan mereka sentiasa diingati dan selayaknya diberikan penghargaan.
Sesuai dengan itu, Program YADIM Peduli : Nur Ramadan (Singgah Sahur Madani – Frontliner) telah berlangsung di sekitar Sungai Petani, Kedah pada 22 Mac.
Program ini dijayakan dengan kerjasama seramai 20 Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani yang telah sama-sama turun padang.
Tidak ketinggalan ialah Pengarah YADIM Kedah dan Perlis , Ustaz Mohammad Fadzil Alias dan Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohammad Bilal Mohd Zain serta kakitangan YADIM Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Sebanyak 100 pek makanan diedarkan untuk sahur kepada beberapa lokasi petugas barisan hadapan.
Antaranya ialah Jabatan Bomba & Penyelamat, Tentera Darat, Jabatan Pertahanan Awam, Askar Wataniah, Polis Trafik, pengawal-pengawal keselamatan Jabatan Penjara, petugas kesihatan, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain lain lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *