Komuniti Sik tunjuk semangat hayati merdeka.

SIK – Hujan lebat yang turun sejak awal pagi pada 30 Ogos tidak menghalang warga daerah ini menyambut ambang merdeka. Program yang pada asalnya diatur di sebuah padang di sini, meskipun diubah ke surau dan dewan, namun tidak melemahkan semangat penduduk untuk tetap menghadirinya. Seramai 200 warga Sik kekal bersemangat menyambut sambutan ambang merdeka yang […]

Forum Bicara Dakwah Sempena Jelajah Kedah Sejahtera

SIK – Sempena program Jelajah Kedah Sejahtera peringkat Daerah Sik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Forum Bicara Dakwah di Masjid Al Hidayah, Merbau Kudung Sik pada 11 Ogos. Forum yang bertajuk “Islam Memimpin: Cabaran  semasa kerajaan Memartabat Islam” telah menampilkan Syeikh Mohd Rasydan  Abd Rahman, Timbalan Pegawai Agama […]

YADIM Kedah bina jatidiri remaja dalam program Rehlah Insani.

SIK – Golongan remaja dan anak muda adalah generasi yang sangat penting kepada negara, merekalah yang akan mewarisi negara ini suatu hari nanti. Memahami dan menyedari akan kepentingan melahirkan anak muda dan remaja yang cemerlang, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap […]

Bulan Dakwah 2.0: YADIM Kedah santuni Pondok Raudhatul Jannah

SIK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 20 November telah menyantuni warga  Pondok Raudhatul Jannah di sini. Program pertama pada sebelah pagi apabila melibatkan 50 pelajar tahfiz dalam Pertandingan Tulisan Khat dengan temanya Melestari Gerakan Dakwah dan di sebelah petang pula dengan menyantuni warga emas di pondok tersebut bersempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM […]

Konvoi Dakwah anak Muda ‘DekBan’ sempena bulan dakwah 2.0 YADIM Kedah.

SIK – Lebih 150 peserta menyertai Konvoi Dakwah Anak Muda ‘DekBan’ anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Lada pada 12 dan 13 November sempena program Bulan Dakwah 2.0. Konvoi yang bermula di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena dan berakhir di KEDA Resort Bendang Man […]

Bulan Dakwah 2.0: 40 keluarga di Sik terima sumbangan YADIM Kedah

SIK – Sempena Bulan Dakwah 2.0 yang baru dilancarkan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli-Musaadah Covid-19 di sekitar daerah ini. Dengan kerjasama Pusat Komuniti Kawasan Sik, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Kampung Bendang Man dan AJK Surau Caruk Puyuh,40 keluarga yang memerlukan dari 10 kampung disantuni pada 9 Oktober. Antara kampung […]

Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…

SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan. Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan. “Maaf Encik, abang […]

Musa’adah YADIM Kedah di Belantik

SIK – “Sik daerah yang kaya dengan kemiskinan”…. Demikian kata-kata Allahyarham Prof Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara dan mantan Ahli Parlimen Sik suatu ketika dahulu yang menggambarkan ramainya penduduk yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinin di daerah ini. Alhamdulillah, hari ini daerah Sik sudah banyak berubah, kadar kemiskinan sudah berkurangan, taraf kehidupan semakin […]

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah […]

YADIM Peduli di Sik dan Jerai

SIK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 28 Januari telah mengadakan inisiatif YADIM Peduli di Parlimen Sik dan Jerai. Di Kampung Chemara dan Kerawai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, sebanyak 40 orang asnaf disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jeneri dan rakan badan bukan […]