Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Mualaf dan Frontliners di Bertam

YADIM Peduli Mualaf dan Frontliners di Bertam

BANDAR PUTRA BERTAM – Dengan kerjasama Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program menyantuni mualaf dan Frontliners di sini pada 10 Mac.

Bersama mualaf di Surau al-Falah, Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, mereka diberi ruang untuk bertukar pandangan sambil berkongsi pengalaman mereka dalam mendepani cabaran sebagai seorang Muslim.

Memanfaatkan ruang bersama saudara baru ini, mereka turut diberi penekanan tentang kewajipan menuntut ilmu sebagai seorang Muslim.

Selain pengajian ilmu secara santai, mualaf yang hadir turut menerima sedikit sumbangan.

Hadir ke majlis ini ialah Tuan Haji Bukhori Ghazali selaku pengerusi KARIB, Tuan Abdul Ghafur Ibrahim, Timbalan Pengerusi Surau Al-Falah serta Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Selesai sesi bersama mualaf, YADIM menziarahi dan menyantuni petugas barisan hadapan di sekitar kawasan ini.

Antara tempat yang diziarahi ialah Balai Bomba Tasek Gelugor serta menyampaikan sumbangan kepada petugas di Sekatan Jalan Raya di  Pinang Tunggal dan Tol Bertam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *