Home » Citra Yadim » YADIM Peduli  santuni 100 mangsa banjir di Rahang

YADIM Peduli  santuni 100 mangsa banjir di Rahang

RAHANG – Prihatin dengan nasib penduduk Kampung Semarak di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), serta YADIM Negeri Sembilan telah mengadakan program YADIM Peduli: Bantuan Pasca Banjir pada 15 November.

Program yang disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, menyantuni seramai 100 mangsa kejadian berkenaan.

Mangsa mangsa yang disantuni menerima barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka selepas ditimpa musibah berkenaan.

Dalam ucapannya, Dr Zulkifki mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini oleh YADIM yang disifatkan beliau sebagai sebuah agensi yang giat menyantuni semua lapisan masyarakat yang memerlukan dan aktif dalam kerja kesukarelawanan.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Azhar Yahya, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muzammil Musbah dan Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris.

Turut hadir ialah Penyelaras MAPIM, selaku rakan kerjasama, Ustaz Fadzil Osman, Penyelaras Prihatin Negeri Sembilan, Yusri Mohamad, Ketua Kampung Semarak Hassan Husin dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan Ustaz Latif Yunos.

Dalam pada itu, program ini turut menyantuni golongan bukan Islam yang juga terlibat dengan musibah berkenaan.

Usaha menyantuni masyarakat di Kampung Semarak ini adalah tindakan susulan setelah bantuan pembersihan banjir sejurus selepas kejadian banjir diadakan sebelum ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *