Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di Gurun

YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di Gurun

GURUN – Dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat, ramai golongan B40 dan asnaf memerlukan pembelaan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus cakna dengan situasi ini, justeru pada 24 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di sekitar daerah ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid As Syakirin, Guar Stesen dan Sukarelawan YADIM Jerai.

Seramai 30 asnaf terdiri daripada warga emas,pesakit kronik dan lain lain yang memerlukan, menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Masjid As Syakirin, Mejar ( B) Ghani Yaakob dan Ahli Majlis Daerah Yan, Abd Razak Majid.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *