YADIM Peduli di Kampung Pokok Tai

PENDANG – Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian. Di Kampung Pokok Tai di sini pada 14 November, telah berlangsung program YADIM Peduli dengan 20 keluarga menerima manfaatnya. Bertempat di Masjid Al-Munirah di sini, kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan […]

40 keluarga Kulim terima manfaat program YADIM Peduli

KULIM – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program YADIM  Peduli – Musaadah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0. Dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)Kulim, ahli jawatankuasa Masjid Muthmainnah serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan set barangan keperluan harian dalam program ini yang diadakan di dewan masjid Muthmainnah. Selesai program […]

Inisiatif YADIM Peduli sekitar Pulau Pinang

BUKIT MERRTAJAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 1 Oktober telah berkunjung ke Community AIDS Service Penang (CASP), di sini bagi menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000. Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos pengoperasian dan keperluan kepada 11 orang penghuni yang tinggal di CASP. Kunjungan ini juga telah  membuka ruang perbincangan dua hala […]

YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau

JEMPOL – Seramai 105 warga Felda Lui Timur, Muda, Selatan dan Kampung Jambu 8 Bahau, menerima terima sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempena dengan kempen Semarakkan Bulan Kemerdekaan Negara pada 28 Ogos. NGO berkenaan ialah Perpatih Truckers Community dan Sukarelawan Al Basith yang disertai oleh  Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Ibu Pejabat […]

YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di Gurun

GURUN – Dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat, ramai golongan B40 dan asnaf memerlukan pembelaan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus cakna dengan situasi ini, justeru pada 24 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di sekitar daerah ini. Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid As Syakirin, Guar Stesen dan Sukarelawan YADIM […]

YADIM Peduli Masyarakat Orang Asli Kensui

BALING – Sempena program Sinar Kasih Kita dan majlis penutup Pembangunan Jati Diri Orang Asli di sini, telah diadakan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli pada 3 April. Bertempat di dewan Kampung Lubuk Legong, seramai 85 keluarga Orang Asli dari suku Kensui disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan […]

Asnaf Sungai Seluang, Gunung Bongsu disantuni YADIM Kedah

KULIM – Usaha menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini terus dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menerusi program YADIM Peduli dan YADIM Interaktif di dua kawasan pada 2 April, seramai 70 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian. Program pertama diadakan di Sungai Seluang, Padang Serai dengan kehadiran Pengerusi Pusat Dakwah Wadi An Nasr, Ustaz […]

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf Penduduk Kampung Selor

KOTA BHARU – Seramai 50 penduduk Kampung Selor Limbat di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 1 April. Sumbangan ini merupakan inisiatif meringankan beban mereka yang terjejas dengan Covid-19 menerusi program YADIM Peduli. Hadir menyampaikan sumbangan dalam progam di Madrasah Haji Abidin Ibrahim di sini ialah Pengarah […]

YADIM Peduli di Pulau Terusan

SANDAKAN –  Seramai 130 keluarga di Pulau Terusan, Sugut menerima manfaat daripada program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli di sini pada 10 Mac. Dalam program yang dianjurkan secara bersama oleh YADIM dengan Polis Marin, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kesemua yang disantuni […]

Ziarah asnaf di Port Dickson

PORT DICKSON – Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 9 Mac telah menyantuni keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini. Seramai 20 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM untuk meringankan beban mereka yang […]