Home » Citra Yadim » YADIM-Perpustakaan Tun Seri Lanang Teroka Peluang Kerjasama Penerbitan

YADIM-Perpustakaan Tun Seri Lanang Teroka Peluang Kerjasama Penerbitan

BANGI – YADIM melalui Bahagian Penerbitan Kreatif telah berkunjung ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 21 September bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang penerbitan, promosi produk dan pengurusan arkib.

Kunjungan tersebut juga membincangkan peluang kerjasama dalam memperluas akses masyarakat terhadap bahan bacaan dan program-program untuk menambah baik usaha penyimpanan bahan arkib di YADIM.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama melibatkan pembelian bahan terbitan YADIM, khidmat nasihat pengurusan perpustakaan dan arkib, program perkongsian ilmu serta penganjuran program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. PTSL turut mengundang YADIM untuk menghadiri Siri Telaah yang merupakan acara tahunan PTSL yang menampilkan toko-tokoh ilmuwan negara.

Menurut Encik Harith Faruqi Sidek Timbalan Ketua Pustakawan PTSL UKM, kunjungan tersebut memberikan pendedahan kepada mereka tentang kerja-kerja penerbitan yang dilaksanakan oleh YADIM dan turut tertarik dengan produk-produkterbitan YADIM. Ia juga merupakan langkah penting dalam memperluas jaringan kerjasama YADIM khususnya dalam usaha memperkasa budaya ilmu dan penyebaran bahan bacaan Islam yang berkualiti.

Kerjasama yang diteroka menerusi kunjungan ini diharap dapat membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan inisiatif bersama, sekali gus memperluas capaian penerbitan YADIM kepada masyarakat melalui jaringan perpustakaan sebagai institusi ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

Kunjungan turut disusuli dengan sesi pertukaran pandangan dan lawatan ke beberapa ruang seperti Ruang Arkib UKM serta Koleksi Rujukan Arab dan Tamadun Islam, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Puan Zalilah Bahari, Pengarah Kanan Sektor Media dan Penerbitan Dakwah, Puan Siti Suhafzan Sh Ibrahim, Pengarah Bahagian Penerbitan Kreatif dan Dr. Mazni Md. Yusof,Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTSL.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *