Home » Citra Yadim » YADIM-PNMB Terokai Peluang Kerjasama

YADIM-PNMB Terokai Peluang Kerjasama

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan telah diadakan di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi membincangkan sebarang kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua pihak.

Diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PNMB di sini pada 25 Oktober.

Antara yang dibincangkan ialah kerjasama yang boleh dijalin antara YADIM dan PNMB, termasuk dalam lapangan dakwah dan bidang bukan percetakan.

PNMB merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi di negara ini. Mereka melakukan percetakan pelbagai perkara, termasuk turut terlibat dalam percetakan bil-bil utiliti.

Turut hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Penerbitan, Zalilah Bahari, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Norazira Jaafar dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Siti Suhafzan Sh Ibrahim.

Dalam pada itu, Masitah berharap agar kerjasama yang bakal dijalinkan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha menggerakkan gerakan dakwah Islamiah dengan lebih meluas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNMB, Mohamed Azudin Ibrahim berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama di antara kedua-dua pihak bukan sahaja dari segi percetakan semata-mata tetapi juga kerjasama meliputi bidang kepakarannya yang lain termasuk dalam bidang teknologi digital.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *