Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang: Bengkel Mumtaz Al-Fatihah

YADIM Pulau Pinang: Bengkel Mumtaz Al-Fatihah

MENERUSKAN Lagi program untuk masyarakat, YADIM Pulau Pinang pada 4 Oktober telah berkerjasama dengan Politeknik Balik Pulau mengadakan Bengkel Mumtaz Al-Fatihah.
Seramai 280 orang pelajar menyertai program ini yang menjemput pensyarah dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Slot pertama telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Ahmad dengan tajuk ‘Pengenalan dan Teori Bacaan Surah Al-Fatihah’ manakala pada slot kedua telah diadakan simulasi dan praktikal bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Umar Syazuli Mohd Tahir.
Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Fadzil Alias dan Ketua Kursus Jabatan Pengajian Am Politeknik Balik Pulau, Puan Nur Idayu Awang Teh, hadir sama dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *