Home » Citra Yadim » YADIM terima kunjung hormat dari Persatuan Penduduk PA Seri Sabah 3A

YADIM terima kunjung hormat dari Persatuan Penduduk PA Seri Sabah 3A

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (5 Oktober 2023) menerima kunjung hormat dari Persatuan Penduduk PA Seri Sabah 3A.
Kunjungan ini adalah lebih untuk memperkukuhkan antara masyarakat dengan YADIM sebagai satu agensi dakwah.
Para delegasi ini telah disambut oleh Unit Daie Komuniti, Bahagian Pembangunan Du’at, Sektor Latihan Dan Pekaderan (SLP). Pengarah Kanan SLP Kapten Shamsuddin bin Moner (B) mengetuai delegasi Yadim dalam sesi ini.
Manakala sejumlah lebih 45 orang para delegasi yang terdiri daripada Persatuan Penduduk PA Seri Sabah 3A diketuai oleh Encik Raja Rahim bin Raja Muhaiddin merangkap pengerusi persatuan itu.
Dalam kunjungan ini juga, Kapten Shamsuddin Moner telah menerangkan visi, misi dan cara gerak kerja YADIM dalam inisiatif menyantuni masyarakat terutamanya dalam memperkasakan dakwah.
Kunjungan selama 2 jam ini juga disertai beberapa pegawai Yadim antaranya ialah Puan Hajah Rohaizah binti Jawahir Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, Ustazah Noor Azian binti Omar Baki Penolong Pengarah Unit Daie Komuniti dan Ustaz Aswad dan Ustaz Zuhaini juga dari unit yang sama.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *