Home » Citra Yadim » YADIM Sabah terus santuni petugas barisan hadapan

YADIM Sabah terus santuni petugas barisan hadapan

KOTA KINABALU – Sebagai menghargai peranan petugas barisan hadapan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah tampil menghulurkan sumbangan buat mereka.

Pada 30 Oktober sumbangan disampaikan kepada rakan anggota Polis Marin di Jeti Marin Wilayah 4, Jesselton Point di sini.

Terdahulu sumbangan turut disampaikan kepada anggota Rela di Pondok Khidmat Komuniti Rela Inanam dan anggota bomba di Ibu Pejabat Bomba Negeri Sabah di Jalan Lintas.

Turut menerima sumbangan ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam di Rumah Persekutuan di sini.

Pasukan beruniform ini masing masing menerima 50 pelitup muka, 5 kotak pembasmi kuman serta 15 pek air mineral.

Anggota Polis Diraja Malaysia di sini dijadualkan menerima sumbangan yang sama Isnin ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *