Home » Citra Yadim » YADIM Santuni Komuniti Orang Diselia

YADIM Santuni Komuniti Orang Diselia

KUALA MUDA – Seperti yang dihasratkan kerajaan agar usaha dakwah tidak meminggirkan mana-mana golongan, YADIM Negeri Kedah dan Perlis telah menyantuni Komuniti Orang Diselia (ODS) di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Muda.

Seramai 126 orang penghuni terlibat dalam program Bicara Motivasi Penghuni yang diadakan di Surau Al-Faizin PRP Kuala Muda, pada 10 September ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Ustaz Muhammad Syazwan Menon menyampaikan ceramah di pusat tersebut dalam program ini. Hadir sama dalam program ini ialah Penyelia Program PRP Kuala Muda, Inspektor Penjara (IP), Azmir Saari dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Encik Zamri Yaacob.

Semoga selepas ini banyak program lagi dapat dilaksanakan melibatkan pelbagai agensi sebagai inisiatif melestari gerakan dakwah bersama.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *