Home » Citra Yadim » Cuci Cuci diteruskan walau selepas PKP

Cuci Cuci diteruskan walau selepas PKP

BOTA – Program ikonik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Cuci Cuci akan diteruskan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kata Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan.

Menurut beliau, Cuci Cuci secara konsep merupakan program gotong royong yang memang dianjurkan syarak, supaya kawasan rumah ibadah seperti masjid dan surau sentiasa dibersihkan.

“Bukan sekadar mendepani Covid -19, tapi kebersihan itu (amalan) sepanjang masa, kita tidak mahu menjadi imej kepada masyarakat bahawa rumah Allah ini kotor ” jelasnya.

Ustaz Nasrudin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian program YADIM Peduli : Cuci Cuci Masjid dan Musaadah YADIM di Masjid Fadzlullah, di sini pada 5 Ogos.

Dalam Program yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu, YADIM melaksanakan kerja kerja membrsihkan kawasan luar dan dalam masjid berkenaan, selain menyumbang kepada 250 keluarga di sekitar qariah masjid bersama Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Cuci Cuci, Ustaz Nasrudin berkata, program itu tidak ditetapkan jadual pelaksanaannya dan bergantung kepada keadaan.

“Kalau ada masyarakat yang ingin mengadakan program ini boleh beritahu YADIM, InsyaAllah kita boleh susun jadual,” jelasnya.

YADIM ujar beliau mempunyai sukarelawan yang sedia berkhidmat melaksanakan program itu.

Cuci Cuci menurut beliau, hingga kini telah membersihkan lebih 60 masjid dan surau di seluruh negara.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *