Home » Citra Yadim » YADIM santuni penduduk Kampung Sempeneh

YADIM santuni penduduk Kampung Sempeneh

BATU KURAU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), meneruskan program Kembara Komuniti mereka ke Kampung Sempeneh di sini, selepas selesai menabur bakti di Pulau Pinang.

Program pada 24 Februari ini mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Batu Kurau bagi mengenal pasti kediaman dan asnaf yang memerlukan bantuan.

Program khidmat bakti ini dimulakan seawal pagi dengan sesi taklimat perjalanan program oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Abdul Qaiyum Aris kepada peserta program.

Selesai sesi taklimat, para peserta program kemudiannya bergerak ke kediaman 10 buah keluarga yang telah dikenalpasti untuk disantuni.

Setiap keluarga ini menerima sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan sebagainya bagi meringankan beban mereka.

Menariknya, pasukan ini telah bertemu dengan sebuah keluarga yang kebetulan kediaman mereka dibantu pembinaannya oleh YADIM menerusi program ‘Tautan Kasih Desa Tercinta’ bersama Tentera Udara Diraja Malaysia pada 2007.

Selesai menyantuni golongan asnaf ini, program berhenti rehat seketika untuk solat Zohor dan makan tengahari sebelum diteruskan dengan program ikon YADIM iaitu Cuci Cuci di Masjid Kampung Sempeneh.

Kawasan luar dan dalam masjid telah dibersihkan oleh kakitangan YADIM dengan bantuan SAR Batu Kurau dan penduduk setempat.

Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM sebelum ini telah melaksanakan pelbagai program menyantuni asnaf dalam program Kembara Komuniti Rahmah yang dilaksanakan di sekitar Perlis, Pulau Langkawi dan Sungai Petani, Kedah bermula 20 Februari.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *