Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah Langkawi 2020

Kembara Rahmah Langkawi 2020

LANGKAWI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia meneruskan program di pulau ini pada 24 Februari dengan Kembara Rahmah Langkawi yang disertai oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Program pertama iaitu Seminar Rahmatran Lil Alamin bermula jam 9 pagi, diadakan di Ibu Pejabat Polis Langkawi di sini dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi.

Seramai 264 anggota polis, guru takmir, imam dan bilal sekitar Langkawi menyertai program ini.

Zolkarnain dan Timbalan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Usamah Talib merupakan panel bagi program ini.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Exco Agama,Kesihatan Luar Bandar dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ismail Salleh.

Program kemudiannya diteruskan pada jam 11 pagi dengan sesi ceramah bertajuk ‘Ilmu Penyuluh Hidup’ kepada para pelajar Kolej Vokasional Langkawi di sini.

Zolkharnain dalam sesi dengan kira kira 150 pelajar ini, menyentuh mengenai hubungan sesama manusia dan pencerahan mengenai konsep Rahmatan Lil Alamin.

Pada sebelah petangnya diadakan pula program ‘Street Dakwah’ di sekitar pantai Chenang serta program ziarah di Hospital Langkawi.

Manakala pada sebelah malamnya pula di Maahad Tahfiz An Nabawi, diadakan program ‘Multaqa Ummah: Forum Perdana’.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *