Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak kunjungi ABIM

YADIM Sarawak kunjungi ABIM

KUCHING 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak pada 23 November lalu, sebagai rangka untuk mengeratkan silaturahim dan melihat bidang-bidang kerjasama di antara dua pihak.

Delegasi YADIM Zon Sarawak diketuai oleh Pengurus Eksekutif, Awang Dulhadi Awang Mat dan mereka telah diberi sambutan oleh Yang Dipertua ABIM Sarawak, Wan Azizan Wan Zainal Abidin serta saudara Mohd Rahmat bin Jamali dari  Biro Pendidikan ABIM Sarawak.

Turut serta dalam lawatan itu adalah kakitangan YADIM Zon Sarawak.

Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan dan ini termasuk isu-isu berkaitan umat Islam di Sarawak dan kerjasama yang mungkin boleh dijalinkan oleh kedua-dua belah pihak dalam mengembangkan dakwah di Bumi Kenyalang..

Dalam perbincangan itu kedua-dua belah pihak mengakui perlunya ada kolaborasi di antara pelbagai pihak terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan aktiviti dakwah di negeri berkenaan.

Ini kerana, apabila adanya kerjasama yang jitu di antara pelbagai pihak maka lebih banyak program dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekaligus memberi manfaat yang lebih banyak kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Setiap NGO Islam juga perlu menggunakan kekuatan masing-masing dengan sebaiknya dalam usaha-usaha dakwah dan tidak perlu bersaing sesama sendiri.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *