Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni klien AADK

YADIM Sarawak santuni klien AADK

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 8 Mac telah berkunjung ke pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini bagi menyantuni klien agensi berkenaan dalam Program Bantuan Musaadah 2.0 Negeri Sarawak.

Sebanyak 55 kotak barangan keperluan harian seperti beras, tepung, mee hoon, roti bungkus, perisa minuman, gula, kicap dan sos diserahkan kepada agensi berkenaan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat kepada Ketua Daerah Pejabat AADK Kuching, Sharifah Azimah Syed Ismail.

Dalam kunjungan ini juga, Sharifah Azimah berkata, AADK akan terus menjalinkan kerjasama dengan YADIM termasuk menerusi program Ramadhan akan datang.

Pelbagai perancangan program dibincangkan bersama kedua-dua agensi termasuklah dari sudut usaha membantu klien AADK dalam pemulihan dan ekonomi.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *