Home » Citra Yadim » YADIM sasar 60 NGO di Terengganu jadi rakan strategik

YADIM sasar 60 NGO di Terengganu jadi rakan strategik

KUALA TERENGGANU – YADIM menyasarkan sebanyak 60 badan bukan kerajaan (NGO) menjadi rakan strategiknya di Terengganu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Zamri Zainal Abidin berkata, untuk menjadi rakan strategik dan mendaftar di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) sebenarnya tidak rumit, malah cukup mudah.

“Mereka hanya perlu menulis surat kepada YADIM dan menyediakan profil NGO sahaja.

“Sebagai rakan strategik, ia memudahkan kita untuk saling bekerjasama dan bersinergi kelak,” katanya pada Hari Terbuka NGO Islam Ke 6 Terengganu 2023 di sini pada 21 Mei.

Lebih 200 wakil NGO memenuhi undangan ke majlis berkenaan. Hadir sama ialah Pengarah YADIM terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Pengisian program termasuklah sesi forum dengan tajuk ‘NGO Melestari Kemakmuran Negara’.

Sementara itu, Ustaz Zamri memaklumkan antara bentuk kerjasama yang boleh dijalin dengan rakan NGO termasuklah menyantuni mangsa bencana seperti yang dilaksanakan pihaknya di Johor baru baru ini.

YADIM ujarnya antara yang paling awal turun ke lokasi banjir hasil kerjasama dengan NGO dan Sukarelawan YADIM.

Katanya lagi, sehingga kini terdapat 160 NGO di seluruh negara yang berdaftar dengan MAIM.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *