Home » Citra Yadim » YADIM sumbang 1,000 buku kepada PKRC

YADIM sumbang 1,000 buku kepada PKRC

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (13 Mei) meneruskan program Musaadah Covid-19 YADIM dengan menyampaikan sumbangan 1,000 naskah buku terbitannya kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Jumlah sumbangan YADIM hari ini bernilai RM12,400. Selain YADIM turut memberikan sumbangan bahan bacaan hari ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebanyak 400 naskhah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Pegawai Staf 2 Agama, Mejar Salahuddin Safeie dai Markas Tentera Udara Diraja Malaysia yang juga pegawai agama PKRC dalam satu majlis ringkas di sini, hari ini.

Tuan Kamarul Arief dalam ucapannya berkata, bantuan itu adalah salah usaha YADIM dalam membantu kerajaan ketika penularan wabak COVID-19 kerana ketika ini tidak banyak pihak yang memberi bantuan buku berbanding bantuan dalam bentuk lain seperti barangan keperluan dan wang.

“Aktiviti membaca boleh menjadi terapi minda kepada para pesakit serta barisan hadapan negara yang secara langsung menambah ilmu pengetahuan mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu juga adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan YADIM kepada barisan hadapan negara.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih serta pengharagaan kepada YADIM yang sudi menyampaikan sumbangan buku.

Difahamkan, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga akan menyumbangkan bahan bacaan ke PKRC melalui YADIM tidak lama lagi.

Ini merupakan kali ketiga YADIM menyumbangkan bahan bacaan untuk kegunaan mereka yang terjejas dengan Covid-19. Sebelum ini sumbangan bahan bacaan diserahkan kepada Institut Sosial Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *