Home » Citra Yadim » YADIM tandatangani kerjasama dakwah dan kepimpinan mahasiswa

YADIM tandatangani kerjasama dakwah dan kepimpinan mahasiswa

KUALA TERENGGANU – Selaras dengan usaha melestari gerakan dakwah khususnya di kalangan anak muda, YADIM pada 11 Mac telah menandatangani kolaborasi strategik dalam bidang dakwah dan kepimpinan mahasiswa dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Perjanjian kerjasama ini akan membolehkan badan dakwah ini memperkasa aktiviti pendidikan, dakwah, kepimpinan, kerohanian dan kesukarelawanan kepada ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia.

Pada masa yang sama YADIM juga bakal mengadakan kursus kepimpinan, pemantapan dan pengurusan organisasi kepada penyelaras, pimpinan dan ahli RSY di IPGM.

Inisiatif ini akan menyaksikan di pihak IPGM antara lain akan meningkatkan keupayaan mereka sebagai hub pendidikan, dakwah dan kepimpinan kepada pelajar IPG melalui penubuhan RSY.

YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan dalam majlis menandatangani perjanjian ini manakala IPGM pula Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajarnya,  Dr. Mohamad Isa  Azis.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail , Dr Hajah Narita Mohd Noor, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Sementara itu pada majlis Makan Malam Mahabbah Terengganu ini, turut diadakan ialah Penyerahan Watikah Penubuhan RSY kepada Dr Mohamad Isa mewakili 27 IPG seluruh Malaysia.

Tidak ketinggalan ialah penyerahan watikah pelantikan RSY IPG kepada Naib Presiden Majlis Pimpinan Tertinggi RSY, Hafizul Hadi mewakili seluruh pimpinan RSY IPG Malaysia.

Majlis yang sama juga menyaksikan pelancaran logo bagi majlis tilawah, tafsir dan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2022.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *