Home » Citra Yadim » YADIM Tekad Memartabarkan Institusi Pondok

YADIM Tekad Memartabarkan Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Pondok bukan sekadar tempat menuntut ilmu agama. Ia adalah sebahagian daripada warisan keilmuan Islam yang telah membentuk generasi demi generasi, malah menjadi benteng menghadapi pengaruh sekular,

Atas kesedaran itu, YADIM terus memberi perhatian kepada usaha memartabatkan institusi pondok agar tradisi ilmu ini terus hidup, berkembang dan kekal relevan dengan keperluan semasa.

Sebagai sebahagian usaha tersebut, YADIM pada 9 September mengadakan pertemuan bersama Madrasah Ribat Al Musthofa, Machang, Kelantan bagi membincangkan hala tuju dan masa depan institusi pondok di Malaysia, termasuk potensi kerjasama strategik untuk memperkasa pendidikan pondok.

Pertemuan ini dihadiri wakil Madrasah Ribat Al Musthofa, Al-Fadhil Ustaz Mohd Shazwan Baderuliksan bersama Encik Fakhrurrazzi Abdul Ghaffar dan Encik Saiful.

YADIM pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Haji Mahadi Awang; Penasihat Undang-Undang, Encik Wan Anwar Wan Ibrahim serta Penolong Pengarahnya, Encik Iman Danial Razali.

Institusi pondok mempunyai kekuatan tersendiri dalam membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi turut mempunyai nilai akhlak, adab dan kefahaman agama yang kukuh.

Perkara ini juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memperkasa, mengangkat martabat dan memodenkan institusi sekolah pondok serta pengajian tradisional agar terus seiring dengan perkembangan zaman.

Pertemuan ini merupakan antara usaha YADIM untuk memastikan institusi pondok terus dihargai, diperkasa dan diberikan ruang untuk berkembang sebagai salah satu tunjang pendidikan serta dakwah di Malaysia.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *