Home » Citra Yadim » YADIM terima kunjung hormat dari Pergas

YADIM terima kunjung hormat dari Pergas

PUTRAJAYA – Organisasi dakwah dan Islam di rantau ini perlu mempunyai rangkaian atau hubungan yang baik bagi memantapkan  gerakan dakwah di Nusantara dan secara langsung dapat mengatasi pelbagai cabaran dan ancaman, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ulama dan Guru-guru Islam Singapura (PERGAS) ke ibu pejabat YADIM di sini pada 25 April lalu.

Dr. Yusri berkata, YADIM sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak dari luar untuk bekerjasama dalam konteks dakwah termasuk pihak-pihak di negara Asia Tenggara.

“Dengan adanya jaringan yang kuat maka kesatuan umat Islam di Nusantara juga akan bertambah kukuh.

“Sememangnya sebelum ini YADIM telah ada program-program di luar negara terutama di Indonesia kerana menyedari pentingnya dakwah dilaksanakan secara menyeluruh bagi membentuk penyatuan,’’ katanya.

Delegasi Pergas diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Mohd Yusri Yubhi Md, Yusoff, Ahli Majlis Tertinggi, Syakir Pasuni, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat Pergas, Nadia Hanim Abdul Rahman dan Ketua Jabatan Pendidikan, Nazrana Haniff.

Mohd Yusri dalam ucapan balasnya bagi mewakili Pergas menjelaskan, lawatan pihaknya ke YADIM itu adalah bertujuan untuk membina rangkaian dan kerjasama dengan badan-badan dakwah di Malaysia.

Beliau berkata, meskipun Pergas sudah bertapak sejak 1957 lagi, namun masih banyak perkara yang boleh dipelajari daripada organisasi lain dalam soal dakwah dan pendekatan terkini yang digunakan bagi mendekati pelbagai golongan.

“Secara amnya, Pergas adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 20 Februari 1957 dengan tujuan meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan menjaga kebajikan guru-guru agama,’’ katanya.

Namun katanya, perubahan masa telah mengubah peranan golongan guru agama terutama dalam memenuhi harapan penduduk Melayu Muslim dan lanskap dakwah di Singapura.

Beliau berkata, perubahan telah berlaku daripada sekadar menjadi pemimpin yang bersifat tradisonal kepada perana-peranan yang lebih pelbagai termasuk membentuk pendapat umum dalam komuniti Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *