Home » Citra Yadim » Lawatan dari Unisza

Lawatan dari Unisza

PUTRAJAYA – Pada 21 April lalu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu yang diketuai oleh pensyarah Fakulti Usuluddin, Akila Mamat.

Dalam lawatan delegasi seramai 36 orang itu yang terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Usuluddin itu telah diberi sambutan oleh Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad yang telah menyampaikan taklimatnya berhubung gerak kerja YADIM.

Sementara itu Akila berkata, lawatan berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan usuluddin berhubung organisasi Islam di Malaysia dan peranan masing-masing dalam pembangunan Islam dan negara.

“Lawatan ini juga bertujuan melihat peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh para pelajar untuk turut serta dalam gerakan dakwah menngambil  kira ilmu yang mereka ada,’’ katanya.

Beliau berkata, sememangnya ramai di kalangan pelajar jurusan usuluddin berminat untuk berkecimpung dalam akitviti dakwah di negara ini dan ingin tahu saluran-saluran yang bersesuaan bagi membolehkan mereka menyumbang tenaga.

Dr. Yusri dalam ucapannya pula mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan dan berharap kunjungan itu dapat memberi manfaat kepada mereka.

Beliau turut memberi penerangan kepada rombongan mengenai fungsi dan peranan YADIM dalam pelbagai aspek termasuk penyelarasan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, dakwah kepada masyarakat serta program-program untuk anak muda.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *