Home » Citra Yadim » YADIM Zon Sabah & BAHASA martabatkan dunia penulisan dan sastera Sabah

YADIM Zon Sabah & BAHASA martabatkan dunia penulisan dan sastera Sabah

KOTA KINABALU – YADIM Zon Sabah dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah ( BAHASA) hari ini bersetuju untuk menjalin kerjasama program antara kedua organisasi ini.

Selain untuk perluasan dakwah secara penulisan, jalinan kerjasama ini juga untuk memperkasa bidang bahasa dan sastera di Sabah.

Itu adalah antara persetujuan yang telah dicapai dalam pertemuan antara Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki dan Presiden BAHASA, Datuk Jasni Matlani di pejabat YADIM Sabah hari ini.

“Inilah antara usaha YADIM untuk memperkasakan dakwah secara penulisan sastera. Penulisan adalah setajam mata pedang,” jelas Haji Samin.

YADIM dan BAHASA sebelum ini pernah menjayakan program Kupi Kupi dan baca Puisi serta penyampaian hadiah puisi YADIM-BAHASA-Daily Ekspress.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *