Home » Citra Yadim » YADIM Zon Timur jalani kursus kemahiran pengurusan majlis dan protokol

YADIM Zon Timur jalani kursus kemahiran pengurusan majlis dan protokol

KUALA TERENGGANU – Bagi melahirkan kakitangan yang serba boleh dan berkemahiran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Sumber Manusianya telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Majlis & Protokol.

Bengkel ini akan diadakan secara bersiri di pejabat pejabat YADIM seluruh negara. Terbaru, warga YADIM Zon Timur telah menjalani bengkel sehari ini pada 17 September lalu.

Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Tuan Zamzarizal Md Arifin merupakan tenaga pengajar utama kursus ini. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan protokol majlis, selain pernah mendapat latihan secara formal dalam bidang ini daripada Istana Negara.

“Bengkel ini berupaya memberi tambah nilai kepada pengetahuan kakitangan YADIM, malah berupaya membuka laluan kerjaya yang lebih luas kepada mereka sebenarnya,”.

“Pengurusan Majlis adalah mudah jika diketahui tatacara pengendaliannya. Bengkel ini amat sesuai kerana YADIM sentiasa penuh dengan aktiviti yang melibatkan kenamaan,”katanya.

Dalam pada itu, Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi Saidin berkata, beliau dan rakan sekerja merasakan mendapat pengisian ilmu yang sangat bermanfaat melalui bengkel berkenaan.

“Bengkel ini memberikan kemahiran pengurusan majlis dengan lebih sempurna. Kami wajib tahu dari bermula hingga berakhirnya majlis,” ujar beliau.

YADIM juga mempelawa mana mana pihak luar yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara yang betul untuk mengendalikan majlis rasmi, terutamanya yang melibatkan kehadiran tetamu kehormat (VIP).

Kepada yang berminat boleh menghubungi Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia YADIM di talian 03 8870 3870

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *