Home » Citra Yadim » YADIM Zon Timur santuni Orang Kena Pengawasan

YADIM Zon Timur santuni Orang Kena Pengawasan

KEMAMAN – Usaha dakwah seharusnya dijalankan tanpa tindakan pilih kasih, tetapi dilaksanakan secara menyeluruh agar tiada golongan yang merasa diri mereka dipinggirkan.

Atas semangat ini dan sikap bertanggungjawab menyebarkan konsep rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 10 September lalu telah menyantuni sekumpulan asnaf miskin dari kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) di daerah ini.

Seramai 10 OKP terlibat dalam gejala dadah sebelum ini, yang dikenal pasti sebagai miskin telah disantuni dalam program ringkas yang diadakan Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kemaman.

Program Ziarah Rahmah ini mempunyai menyantuni keluarga OKP dalam kategori miskin, meringankan beban keluarga penerima selain untuk menjalinkan ukhuwah rakan strategik bersama AADK Kemaman. Selain kakitangan YADIM Terengganu, wakil kepada Ketua Pegawai AADK Terengganu, Rosnini Jusoh juga turun padang menyertai program ini.

Keluarga OKP yang disantuni menerima sumbangan barang keperluan harian dalam program ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *