Home » Citra Yadim » YADIM Zon Timur sertai program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

YADIM Zon Timur sertai program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

YADIM Zon Timur bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah berkolaborasi menjayakan program dakwah `Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk’ (DMMM) iaitu sebuah program dakwah  yang menyasarkan golongan bukan Islam pada 3 dan 4 Jun lalu.

Selain YADIM Zon Timur, pihak yang terbabit dalam program ini termasuk Jawatankuasa Dakwah pertubuhan IKRAM Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),   Hidayah Centre dan Persatuan Cina Muslim (MACMA) Terengganu.

Dalam program ini, para peserta telah mengadakan aktiviti street dakwah di Jeti Shahbandar, Bukit Pak Apil, Bukit Besar dan sekitar Pantai Batu Buruk.

Ketika di lokasi berkenaan, para peserta telah mengedarkan risalah berhubung Islam bagi menjelaskan beberapa persoalan terutama beberapa perkara yang sering menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam.

Para peserta juga bersedia menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh orang ramai.

Sebelum itu, pihak Ikram juga telah mengadakan Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk [Fasa 2] Jumaat dan Sabtu ini di Kuala Terengganu.

Antara topik yang akan dibentangkan termasuk kajian mengenai Bible, bukti-bukti kebenaran al-Quran daripada Allah, al-Quran dan sains, dakwah kepada golongan ateis dan agnostik, memahami kepercayaan kepada animisme dan dinamisme dan bimbingan muallaf.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *