Home » Citra Yadim » YADIMart boleh pergi jauh

YADIMart boleh pergi jauh

SERI KEMBANGAN – Seakan bakal menjadi satu rutin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 4 Jun berkunjung lagi ke YADIMart di sini.

Selepas kali pertama hadir pada 33 Mei, kali ini, selain menerima taklimat perkembangan terkini pasar raya milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu, beliau juga membeli barangan keperluan harian dan mengambil kesempatan menyumbang kepada foodbank di pintu masuk premis ini.

Prihatin dengan perkembangan pasar raya ini, Dr Zulkifli mengesyorkan supaya segera diadakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan kawasan sekitar.

Kemudahan itu pula nanti menggunakan khidmat mereka yang kehilangan atau terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengurusan inventori juga disyor ditambah baik supaya harga produk  lebih kompetitif.

YADIMart juga disarankan meningkatkan keupayaan membekalkan kit makanan dan Musa’adah untuk YADIM.

Inisiatif inisiatif ini diyakini akan membolehkan YADIMart berkembang dan pergi lebih jauh lagi.

Terima kasih YB Dr Zulkifli atas cadangan dan keprihatinan yang ditunjukkan. YADIMart sentiasa mengalu alukan kehadiran YB ke pasar raya ini.

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *