Home » Citra Yadim » YADIMart bukti lestari gerakan dakwah, santuni komuniti menerusi ekonomi

YADIMart bukti lestari gerakan dakwah, santuni komuniti menerusi ekonomi

BANGI – Pembukaan cawangan YADIMart yang kedua di Bangi Gateway di sini membuktikan YADIM bersunguh sungguh melestari gerakan dakwah di negara ini menggunakan platform dakwah.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berbahagia Dr Muhamad Razak Idris berkata,  hal ini secara tidak langsung mengangkat imej dakwah Islam yang mana mempunyai adab dan tata cara dalam bermuamalah secara rahmah dan ihsan.

Beliau yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Na’im Mokhtar menambah, agensi-agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti YADIM sangat komited dalam membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai inisiatif meringankan beban rakyat.

“Antara inisiatif yang boleh kita lihat adalah Jualan Rahmah yang dianjurkan oleh YADIM dan pasar raya YADIMart sendiri yang mengutamakan kebajikan pelanggan dengan memberikan diskaun 50 peratus untuk barangan keperluan harian,”.

“Inisiatif yang dilaksanakan oleh anak syarikat Lembaran YADIM Sdn. Bhd. ini, bukan matlamatnya mengejar keuntungan sema-mata, tetapi untuk membantu dan meringan beban rakyat,” katanya ketika menyempurnakan pembukaan YADIMart Bangi Gateway di sini pada 18 Februari.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Haji Zamri Zakaria dan pengurusan kanan YADIM.

Zamri dalam ucapan pula berkata YADIM membuktikan kemampuannya untuk bersaing secara sihat demi memastikan kemampanan sosio ekonomi masyarakat setempat.

Hal ini terbukti apabila dalam tempoh kurang 2 tahun YADIMart telah berjaya membuka cawangannya yang kedua di Bangi selepas pasar raya yang pertamanya di Seri Kembangan.

Tambahnya, program ini tidak terbatas hanya kepada para pengunjung yang berhajat mendapatkan barangan yang ditawarkan dengan diskaun sehingga 50 peratus sahaja, malah turut memanfaatkan jaringan rakan strategik bersama 30 rakan penghantar makanan di sekitar Bangi ini untuk mengedarkan barangan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terus ke pintu rumah.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *