Home » Citra Yadim » YDP YADIM sampaikan watikah AJK khas

YDP YADIM sampaikan watikah AJK khas

Yang Dipertua YADIM dalam pertemuannya bersama Ahli Jawatankuasa Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah sebelum menyampaikan watikah perlantikan

PUTRAJAYA – Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz pada 29 April telah menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah kepada seramai 4 orang individu terpilih.

Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penyelidikan dan penerbitan adalah Yang Berhormat Nor Azrina Binti Surip @Nurin Aina Abdullah, Dato’ Professor Dr Noor Inayah Binti Ya’akub, Encik Azizuddin Bin Ahmad dan Encik Ahmad Yani Bin Abd Manaf.

Jawatankuasa itu berfungsi sebagai mekanisme perbincangan dan pemantauan Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah yang mula ditubuhkan pada 1 April 2019. Ia diketuai oleh Dr. Muhamad Razak Bin Idris ari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepakaran tokoh-tokoh ini dalam bidang masing-masing, dilihat mampu menggembleng gerak kerja yang berkesan dan mampu memberi impak kepada masyarakat.

Menurut Nik Omar, Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah yang diwujudkan perlu memperkasakan kerja-kerja penyelidikan dalam usaha untuk melahirkan pendakwah yang bermaklumat, soleh, muslih dan mampu menceritakan mengenai keindahan Islam kepada semua lapisan masyarakat.

“Kita perlu mengubah pemikiran orang Islam agar tidak menganggap Islam ini sebagai beban tetapi perlu merasakan bahawa Islam itu sebagai satu anugerah.”

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *