Home » Citra Yadim » Ziarah asnaf di Port Dickson

Ziarah asnaf di Port Dickson

PORT DICKSON – Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 9 Mac telah menyantuni keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini.

Seramai 20 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19. Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada ibu tunggal, mualaf dan golongan B40.

Pada 9 Mac juga, YADIM dan rakan rakan NGO telah menziarahi keluarga Rosdin Muhyudin yang mengidap kencing manis, darah tinggi dan masalah penglihatan menyebabkannya tidak dapat keluar mencari rezeki.

Dalam kunjungan ini, sedikit bantuan makanan asas disampaikan kepada keluarganya.

Keluarga ini juga menerima bantuan tiga buah tablet untuk membantu proses pembelajaran anak anak yang disumbang oleh NGO ECJ Cares dan Perkasih Negeri Sembilan, katil dan dua buah basikal sumbangan Persatuan Prihatin Port Dickson.

Hadir mewakili YADIM ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan Hassanal Haris. JHEAINS diwakili oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Syafiq Dolah manakala Al Baasith pula oleh Pengerusinya, Khairul Nizam.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *