Home » Citra Yadim » Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di Changloon

Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di Changloon

CHANGLOON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 November telah mengadakan program Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di dua kampung di daerah ini.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Majlis Dakwah Negara, Pertubuhan Dhuafa’ Sejahtera dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu menyantuni empat keluarga di Kampung Changkat Setol dan Kampung Rawa di sini.

Mereka menerima pek makanan asasi, wang tunai dan pelitup muka.

Pada sebelah malam pula diadakan program Bicara Dakwah di Masjid Al Ihsan Kampung Changkat Setol.

Hadir sama ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Yang Berhormat Hajah Halimaton Shaadiah Saad.

Baru baru ini, YADIM juga menyantuni seramai 30 keluarga di Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam menerusi program yang sama.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *