Home » Citra Yadim » Musaadah Covid 19 YADIM Johor dengan WITUS

Musaadah Covid 19 YADIM Johor dengan WITUS

BATU PAHAT – Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 19 November telah bekerjasama menyantuni komuniti ibu tunggal di sekitar daerah ini.

Sebanyak 100 set barangan keperluan harian diedarkan kepada ahli WITUS dalam program ini. Turut menerima sumbangan ialah asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini.

Pengerusi WITUS, Sheila Tukiman hadir sama dalam program yang diadakan di Kampung Parit Nipah, Parit Raja di sini. Mewakili YADIM ialah pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah dan pegawainya.

Sehingga kini, YADIM Johor telah menyampaikan bantuan kepada 2,600 keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *