Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih Aidilfitri SAY Kuala Selangor

Ziarah Kasih Aidilfitri SAY Kuala Selangor

PARIT 4 – Dalam suasana Aidilfitri, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kembali giat menyantuni golongan yang memerlukan di daerah tersebut.

Pada 22 Mei, satu kunjungan dan ziarah ringkas diadakan bagi menyantuni sebuah keluarga di sini.

Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin bersama dua ahli jawatankuasanya telah menyantuni Encik Nayan Haji Saruni yang menjaga ayahnya, seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua.

Sedikit sumbangan disampaikan bagi meringankan beban keluarga ini.

Sementara itu terdahulu pada 21 Mei, sebagai mengeratkan silaturrahim, SAY Kuala Selangor telah mengadakan jamuan Aidilfitri serta meraikan hari kelahiran ahli ahlinya.

Diadakan di kedai makan terkenal di sini, Kabin Hitam, Pengerusi SAY Kuala Selangor dan empat ahlinya diraikan. Antara yang diadakan ialah cabutan bertuah dan hadiah misteri yang disampaikan kepada yang hadir.

Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari hadir sama ke majlis ini. Meskipun sekadar acara ringkas, namun sambutannya tetap meriah dan paling utama, ia mengeratkan hubungan sesama ahli SAY di sini.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *