Home » Citra Yadim » Ziarah kasih dan sumbangan di Kuala Selangor

Ziarah kasih dan sumbangan di Kuala Selangor

BESTARI JAYA – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diberi kepercayaan ramai untuk mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Meskipun dalam kuantiti yang kecil, namun di saat masyarakat, khususnya golongan B40 amat memerlukan bantuan dalam menghadapi musibah Covid-19 ini, ia ternyata amat dihargai.

Bertempat di sekitar Ijok di sini pada 6 Jun, SAR Kuala Langat, yang diketuai oleh Pengerusinya, Hasmawi Mahidin bersama Setiausaha Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasanya telah melaksanakan tiga kunjungan ziarah kepada asnaf yang dikenalpasti.

Barangan yang disampaikan adalah daripada sumbangan individu yang bermurah hati mendermakannnya untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Program dimulakan dengan penyerahan barangan dapur dan jaket kepada SAR Kuala Selangor dan SAR Sabak Bernam sebagai simbolik penyampaian daripada SAR Kuala Langat.

Program kemudiannya diteruskan dengan acara ziarah rahmah ke kediaman Adam Sufian Ridzuan, remaja berusia 15 tahun yang mengidap Disleksia. Keluarga pemegang kad Orang Kelainan Upaya ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

SAR Kuala Langat kemudiannya menziarahi Rosly Othman, yang telah menderita selama dua tahun akibat kanser usus di sini.Keluarganya turut menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

Lokasi terakhir program ialah di Pusat Rawatan Dialisis DaVita di Batang Berjuntai di sini, menyantuni pesakit buah pinggang, Azmi Jani.

Hadir sama dalam program selama hampir 4 jam ini ialah Pengerusi SAR Kuala Selangor, Asmah Hussin dan Pengerusi SAR Sabak Bernam, Hasnah Johari.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *