Home » Citra Yadim » Ziarah Prihatin keluarga Malaysia sempena  Deepavali

Ziarah Prihatin keluarga Malaysia sempena  Deepavali

CHANGLUN – Gerak kerja menyantuni pelbagai lapisan masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pula ke daerah ini.

Selepas Sungai Petani, komuniti India di daerah ini disantuni menerusi pemberian 20 set barangan keperluan harian dan wang tunai pada 4 November.

Program anjuran bersama Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE) dan Malaysian India Reverted Muslim Association (MIRA) ini menyampaikan sumbangan secara terus ke rumah penerima.

Hadir ke program ini ialah Pengerusinya Dhuafa Sejahtera, Ustaz Amin Ismail, Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Hamid Sulaiman, Setiausaha 1 Majlis Dakwah Negara Kedah, Haji Fuad Ashaari dan wakil dari PEACE, Fitri Abd. Rahim.

Dengan situasi Covid-19 masih belum benar benar pulih, diharapkan sedikit sumbangan ini akan lebih menceriakan Deepavali mereka.

Lebih banyak program bersama komuniti tanpa mengira latar belakang seperti ini, yang selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia dirancang untuk diadakan oleh YADIM Kedah selepas ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *