Home » Citra Yadim » 40 keluarga Kulim terima manfaat program YADIM Peduli

40 keluarga Kulim terima manfaat program YADIM Peduli

KULIM – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program YADIM  Peduli – Musaadah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0.

Dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)Kulim, ahli jawatankuasa Masjid Muthmainnah serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan set barangan keperluan harian dalam program ini yang diadakan di dewan masjid Muthmainnah.

Selesai program di dewan masjid, urusetia program kemudiannya menziarahi pula sebanyak 10 kediaman bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Para penerima sumbangan adalah ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik, mualaf dan Orang Kelainan Upaya.

YADIM diwakili oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad selaku penyelaras program.

Turut hadir menjayakan program ialah Pengerusi MACMA Kulim,
Mohd Firdaus Choo, Ahli Jawatankuasa (PERKIM) Kulim, Siti Zubaidah Chua, imam dan Pengerusi Masjid Muthmainnah, Haji Risman Abd Aziz serta setiausahanya, Zaini Din.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *