Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

SEDELI – Menyedari mangsa banjir amat memerlukan pembelaan, terutamanya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sayang di sini.

Program khidmat bakti pada 24 Disember ini diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, HALUAN Negeri Johor.

Sebanyak 30 rumah mangsa pasca banjir dikunjungi YADIM Johor, dan mereka disantuni dengan pemberian barangan keperluan dapur. Pada masa yang sama, HALUAN menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan sekolah untuk membantu anak anak mangsa menjelang sesi persekolahan baharu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah. Hadir sama ialah Ketua Pemuda HALUAN Johor, Ustaz Suhiel Mohd Rabbani.

Sejumlah 147 keluarga dilaporkan menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi, membabitkan seramai 495 mangsa.

Sementara itu, YADIM Johor juga sedang membuat persiapan membantu mangsa banjir gelombang kedua yang dijangka akan berlaku selepas perayaan Krismas nanti kerana fenomena air pasang besar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *