Home » Langit Terbuka » Zulkifli ambil peluang bermuhasabah

Zulkifli ambil peluang bermuhasabah

Hantaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di laman Facebook beliau. - Foto FB

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memanfaatkan tempoh yang dilalui beliau ketika ini selepas disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19), semalam untuk bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan bagi diri beliau.

Pada masa sama Zulkifli dengan penuh ikhlas sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” ujar beliau menerusi catatan di akaun Facebook rasmi milikinya, hari ini.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, tetap menjadi amanah dan tanggungjawab beliau untuk melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan pada setiap bulan seperti mana dilakukan sejak Mac lalu.

Sehubungan itu dalam hantaran di akaun Facebooknya, beliau melampirkan Kad Laporan Bulan Ogos 2020 bagi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan berkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat.

“Jadual saya pada bulan Ogos, kebanyakannya tertumpu di Parlimen, pun begitu, alhamdulillah agensi di bawah saya amat memahami dan tetap menggerakkan program masing-masing dengan penuh komited,” kata beliau lagi menerusi catatan yang sama. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *