YADIM Sarawak memberikan sumbangan kepada pegawai APM

JALUR Dakwah menerusi kebajikan tidak pernah dilupakan YADIM Sarawak menerusi pelbagai program yang dilaksanakan mereka. Inisiatif terbaharu mereka berlangsung pada 26 Januari apabila YADIM Sarawak menyerahkan sumbangan kepada keluarga Encik Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang cedera semasa menyelamat kanak-kanak mangsa kebakaran di Rumah Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa. […]

Program Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) KEMUDA

LENSA Hari kedua Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) pada 25 Januari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Kembara Eksplorasi apabila para peserta perlu menyelesaikan tugasan secara berkumpulan dengan penglibatan seramai 14 orang fasilitator daripada Daie Muda YADIM (DMY) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia […]

program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam

SEMPENA Sambutan Jubli Emas YADIM, YADIM Negeri Selangor telah mengadakan program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 25 Januari dengan tajaan tempat di Dewan Deen Catering, Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam. Program tersebut telah dihadiri hampir 130 orang sukarelawan. Ia dimulakan dengan taklimat mengenai YADIM dan SAY oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, […]

Mesyuarat jawatankuasa sidang editorial jurnal YADIM kali ke-8 Bil. 1/2024

MESYUARAT Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM kali ke-8 BIL. 1/2024 telah diadakan pada 24 Januari 2024 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Sharifah Hayati Binti Syed Ismail (Universiti Malaya). Mesyuarat kali ini menumpukan tentang usaha mengemaskini perjalanan gerak kerja jawatankuasa Sidang Editoral Jurnal YADIM agar setiap AJK dapat memainkan peranan dengan lebih inklusif dan bermakna ke […]

Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif

YADIM telah menghantar seorang pegawainya, Cik Nathrah Mohammed Said, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Sektor Perancangan Strategik & Media bagi menyertai Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2024 pada 22 hingga 24 Januari. Kursus bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan (ILFPD), yang dikendalikan oleh […]

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM

LENSA Forum Perdana Ehwal Islam Khas serta Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM di Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari. Forum berkenaan menampilkan dua mantan Yang Dipertua iaitu Datuk Haji Nakhaie Ahmad dan Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki serta Yang Dipertua yang terkini, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dijayakan dengan kerjasama JAKIM, ia […]

Watikah perlantikan MAIM, NUIM dan MAWIM

BERTUJUAN Memperkasa dan menyelaras gerakan dakwah negara, seramai 60 anggota jawatankuasa badan Islam bersama YADIM menerima watikah lantikan masing-masing di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 24 Januari. Watikah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan. Enam puluh anggota jawatankuasa berkenaan masing-masing mewakili […]

KEMUDA menerima kunjungan hormat RSY USIM

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah menerima kunjungan hormat seramai 30 orang barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 23 Januari. Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara RSY USIM dan Bahagian Kepimpinan Muda YADIM serta pembentangan perancangan program-program yang akan dilaksanakan diperingkat kampus dan negeri. Hadir ke pertemuan ini […]

Program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja bersama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Indus Cafe, Marina Putrajaya pada 23 Januari. Seramai 60 orang pegawai telah menghadiri program ini melibatkan Pengarah-pengarah YADIM Negeri, Pegawai Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS dan kesemua Timbalan […]

Kunjung hormat kepada Jabatan Penjara Malaysia

SEBAGAI tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara YADIM dan Jabatan Penjara Malaysia, Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Alor Setar, Tuan Mohd Hafiz Abd. Latif. Kedua pihak sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program kerjasama bersama, khususnya bagi membawa manfaat kepada penghuni penjara di Kedah. […]