Home » Citra Yadim » program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam

program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam

SEMPENA Sambutan Jubli Emas YADIM, YADIM Negeri Selangor telah mengadakan program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 25 Januari dengan tajaan tempat di Dewan Deen Catering, Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam.
Program tersebut telah dihadiri hampir 130 orang sukarelawan. Ia dimulakan dengan taklimat mengenai YADIM dan SAY oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor,
Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.
Majlis juga diserikan dengan persembahan deklamasi sajak Malaysia Madani oleh Encik Khairudin Suliman atau dikenali sebagai Din Sajak yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa SAY Sabak Bernam.
Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, kepada SAY dan masyarakat tempatan yang hadir.
Pada penghujung program, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program komuniti melibatkan wakil masjid, pimpinan masyarakat dan belia serta beliawanis yang diselaraskan oleh SAY Sabak Bernam melalui Pengerusinya Puan Hasnah Johari.
Kemudian diadakan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *