Home » Citra Yadim » Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM

LENSA Forum Perdana Ehwal Islam Khas serta Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM di Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari.
Forum berkenaan menampilkan dua mantan Yang Dipertua iaitu Datuk Haji Nakhaie Ahmad dan Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki serta Yang Dipertua yang terkini, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Dijayakan dengan kerjasama JAKIM, ia mengupas perjalanan sepanjang 50 tahun penubuhan badan dakwah ini serta bagaimana ia boleh terus berperanan melestari gerakan dakwah di negara ini pada masa hadapan.
Saksikan siaran rakaman ini pada 15 Februari nanti di RTM 1.
Selepas solat Maghrib, diadakan pula bacaan Yassin dalam majlis kesyukuran di ruang solat utama masjid.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar turut hadir ke majlis ini bersama timbalan beliau, Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, pengurusan kanan, ketua-ketua agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), rakan-rakan strategik serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Ketika ditemui selepas majlis, beliau menzahirkan harapan agar YADIM terus menjadi penghubung antara NGO Islam dan pihak kerajaan.
Beliau turut berharap badan dakwah ini dapat menyumbang kepada usaha pencerahan aspirasi Malaysia Madani daripada aspek agama dan melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi.
Lebih 1,200 peserta menghadiri program di Masjid Putra ini.
YADIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini. Semoga kita terus bersama melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *