Home » Citra Yadim » Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif

YADIM telah menghantar seorang pegawainya, Cik Nathrah Mohammed Said, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Sektor Perancangan Strategik & Media bagi menyertai Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2024 pada 22 hingga 24 Januari.
Kursus bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan (ILFPD), yang dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan menampilkan penceramah berpengalaman, Puan Rozila Rafie, Pensyarah Kanan (Bersara) & Panel Juri Bertauliah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), diadakan selama 3 hari 2 malam.
Ia bertujuan neningkatkan kefahaman peserta KIK mengenai teknik penyelesaian masalah dan penambahbaikan yang tepat, kreatif dan efektif selain menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan.
Pada masa yang sama bagi menyemarakkan pelaksanaan inovasi melalui medium KIK dan kecerdasan buatkan (AI) dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan hubungan harmoni antara Jabatan/ Agensi JPM.
Ia turut bertujuan menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan.
Kursus ini merupakan kursus ‘kick off’ bagi lanjutan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri yang dijangka diadakan pada Julai 2024 ini.
Penceramah merupakan panel berpengalaman luas di dalam dan di luar negara bagi penglibatan pembentang dan panel dalam bidang ini.
Selain itu peserta dari pelbagai agensi antaranya YADIM, JAKIM, DBKL, FELDA, Mahkamah Wilayah Persekutuan, JPAM, dan 7 lagi jabatan lain dilihat lebih jelas untuk menyediakan dokumen mengikut standard pemarkahan yang digariskan oleh panel penilai pertandingan yang berpengalaman hasil penyertaan kursus ini.
“Semakin sempurna sesuatu dokumen pelaporan bagi pertandingan ini, semakin tinggi posibiliti untuk memenangi anugerah ini”, kata Puan Rozila.
Bengkel ini di rasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri, Puan Salwani Ismail.
YADIM sebelum ini giat aktif menyertai anugerah ini dan pernah memenangi kategori pembentang terbaik pada tahun 2016.
Badan dakwah ini terus komited untuk melestarikan gerakan dakwah melalui pemikiran kreatif demi penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *