Home » Citra Yadim » Program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja

Program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan program Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja bersama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Indus Cafe, Marina Putrajaya pada 23 Januari.
Seramai 60 orang pegawai telah menghadiri program ini melibatkan Pengarah-pengarah YADIM Negeri, Pegawai Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS dan kesemua Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan seluruh Malaysia.
Program dimulakan dengan pembentangan dan taklimat oleh Pengarah KEMUDA Encik Shahrizal Mat, yang bertujuan untuk mengumpul maklum balas, cadangan, pandangan dan idea baharu daripada para hadirin berhubung pengoperasian gerak kerja bersama Kemuda dan ILKBS dalam aspek program -program bersama yang telah dirancang.
Sesi Libat Urus Pemerkasaan Gerak Kerja KEMUDA bersama BPKB, KBS diakhiri dengan ucapan Pengarah Kemahiran KBS
Encik Shahrul Afendi dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan BPKB, Puan Siti Ratnasari Abdul Razak, Penolong Pengarah, Cik Nor Farihan Abdullah dan Penolong Pegawai Latihan Kanan, Encik Khairul Anwar Kamarudin

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *