Home » Citra Yadim » Mesyuarat jawatankuasa sidang editorial jurnal YADIM kali ke-8 Bil. 1/2024

Mesyuarat jawatankuasa sidang editorial jurnal YADIM kali ke-8 Bil. 1/2024

MESYUARAT Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM kali ke-8 BIL. 1/2024 telah diadakan pada 24 Januari 2024 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Sharifah Hayati Binti Syed Ismail (Universiti Malaya).
Mesyuarat kali ini menumpukan tentang usaha mengemaskini perjalanan gerak kerja jawatankuasa Sidang Editoral Jurnal YADIM agar setiap AJK dapat memainkan peranan dengan lebih inklusif dan bermakna ke arah status MyCite tahun 2024 ini. Perbincangan juga berkaitan dengan pendaftaran lesen di bawah Creative Commons Atrribution (CCA) salah satu daripada beberapa lesen hak cipta awam yang membolehkan bebas berkarya untuk berkongsi, menggunakan dan menghasilkan karya bagi meningkatkan kualiti penerbitan Jurnal tersebut. Oleh yang demikian, Jurnal YADIM akan didaftarkan bagi menyebarluas kepada masyarakat sehingga di persada antarabangsa
Di samping itu juga mesyuarat membincangkan tentang perkara dasar berkaitan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah yang dijangka akan diadakan pada Ogos atau September 2024 di Universiti Multimedia Cyberjaya nanti.
24 Ahli Sidang Editorial Jurnal YADIM ini merupakan para akademia dari pelbagai Universiti Awam dan Swasta yang telah dilantik hasil daripada Memorandum Persefahaman (MoU) antara YADIM dan Institusi Pengajian Tinggi berkenaan yang termeterai pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *