Pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri

LAWATAN Kerja YADIM ke Mesir menyaksikan agenda pemerkasaan dakwah menerusi pendidikan kekal diutamakan. Pada 29 Februari Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah mengadakan pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri dalam rangka memperkukuh jalinan kerjasama dengan badan dakwah ini. Mereka mewakili negeri Negeri Sembilan, Perak, Johor , Pahang dan […]

Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024

PENGISIAN Untuk para peserta Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 diteruskan dengan perkongsian ilmiah bertajuk ‘Kepimpinan Muda Memacu Perubahan’ yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Muhammad Faisal Abdul Aziz. Pengisian pada hari kedua konvensyen dalam sesi ‘BOD (Build Our Dream) – Student Leaders Great Again’ ini bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran merancang […]

YDP merasmikan Kejohanan Sukan SMASH di Mesir

GOLONGAN Belia sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan sukan. Sesuai dengan itu, dalam lawatan kerja ke Mesir ketika ini, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah merasmikan Kejohanan Sukan SMASH anjuran oleh Persatuan Anak Negeri Johor di Mesir. Sebanyak 20 pasukan beregu berentap dalam pertandingan badminton ini. Progrma berlangsung di Kompleks Sukan Wafa El […]

Kem Kenegaraan Madani mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

KEM Kenegaraan Madani melibatkan mahasiswa mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 1-2 Mac telah dihadiri seramai 68 orang penuntut universiti berkenaan. Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial UIAM, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa. Program yang dijalankan di Institut Latihan Dakwah YADIM ini […]

Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’

SESI Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’ telah menampilkan barisan panelis berkaliber dalam Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 pada 2 Mac. Panel pertama merupakan Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, Tuan Muhammad Kamil Abdul Mun’im, manakala barisan panel kedua dan ketiga pula adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, […]

Program Bicara Mufti : Penerangan Dasar Pengajaran Agama dan Dakwah & Pemerkasanaan ASWJ

SELESAI Bersama pelajar di Rumah Pulau Pinang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kemudiannya menyambut ketibaan Mufti Perak, Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi Wan Teh di Wisma Perak Baitul Ridzuan pada 29 Februari. Beliau turut diberi peluang berucap dalam program Bicara Mufti : Penerangan Dasar Pengajaran Agama dan Dakwah & Pemerkasanaan Ahli […]

Lawatan kerja YADIM di Mesir

LAWATAN Kerja YADIM ke Mesir menyaksikan beberapa sesi pertemuan dengan pelajar turut dilaksanakan. Bermula dengan wakil pelajar di Rumah Pulau Pinang sekitar jam 3 petang pada 29 Februari, Yang Dipertua badan dakwah ini, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup meluangkan masa beramah mesra selain […]

Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 peringkat Kebangsaan

KONVENSYEN Madani Rakan Siswa YADIM 2024 peringkat Kebangsaan membuka tirai dengan Slot Ketatanegaraan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner. Program ini merupakan persidangan tahunan yang menghimpunkan perwakilan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara. Konvensyen kali ini di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 […]

Program Ziarah Kasih Madani ke rumah Pertubuhan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS)

YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menyertai program Ziarah Kasih Madani ke rumah Pertubuhan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS) di sini. Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Warga Emas Langkasuka, Ustaz Yusnaidi Ahmad sebelum disusuli dengan tazkirah ringkas, penyampaian sumbangan dan seterusnya sesi ramah mesra pada jam 11.00 pagi. Menurut beliau, […]

Program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita

KELAS Dan bengkel mendalami pengurusan jenazah membabitkan golongan wanita perlu diperkasakan dan lebih kerap diadakan supaya semua sentiasa cakna, selain mempunyai pelapis yang sentiasa bersedia menguruskan jenazah wanita. Menyedari pentingnya mendalami ilmu ini, YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menganjurkan program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita. Dengan kerjasama Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, program […]